Tuesday, September 11, 2012

Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2012

Assalamualaikum anak-anak,

Selamat menghadapi UPSR, semoga dimudahkan menjawab soalan-soalan dan memperolehi keputusan yang cemerlang.



UPSR 2012  : 11 September 2012 sehingga 13 September 2012

Jangan Takut Berjauhan Dengan Keluarga Untuk "Belajar"


Assalamualaikum anak-anak..

Apa sahaja perlakuan dan kerja yang sedang kita jalankan, carilah seorang model yang telah berjaya untuk diikuti di dalam bidang tersebut, agar ia menjadi motivator kepada kita di dalam mencapai kecemerlangan terhadap kerja-kerja kita tersebut.

Menuntut ilmu, model yang tidak asing ialah Imam Syafie, seorang tokoh "penuntut ilmu" yang wajar dikenali dengan lebih mendalam.

Hayati bait-bait syair beliau yang menceritakan berkenaan keperluan kita sebagai penuntut ilmu. Anak-anak penuntut ilmu, ustazah juga penuntut ilmu, kita akan sentiasa menuntut ilmu sehingga Allah memanggil kita kembali kepadaNya.

BERKELANALAH....

ما فى المقام لذي عقل وذي ادب من راحة فدع الأوطان واغتر

Tidak ada tempat untuk bersantai bagi orang yg berakal dan berbudi, maka tinggalkanlah tanah air dan berkelanalah.



سافر تجد عوضاعمن تفارقه وانصب فان لذيذ العيش فى النصب
 
Berkelanalah, maka anda akan menemukan pengganti orang yg anda tinggalkan, dan bersusah payahlah(giat/krja keras) kerana kenikmatan hidup baru terasa setelah bersusah payah.


  انّي رأيت وقوف الماء يفسده ان ساح طاب وان لم يجر لم يطب    

Aku melihat bahwa air itu akan segera berubah (rosak) warnanya apabila diam tidak mengalir, namun jika terus mengalir akan terus bersih dan jernih



Jika ingin menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh maka keluarlah dari rumah dan berjauhanlah dengan keluarga.